Wednesday 25 December 2013

DIviden ASB 2013

Kadar kenaikan dividen dan bonus ASB tahun 2013
dividen asb 2014 bonus kadar kenaikan dividen dan bonus asb 2013
KADAR DIVIDEN DAN BONUS ASB 2013 TIADA KENAIKAN

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, tiada kenaikan bagi agihan pendapatan dividen ASB malah menurun sebanyak 0.05 sen dan pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.70 sen seunit
Selain itu, menurut laporan media pada Khamis, sejumlah 8.26 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 127.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.00 sen seunit
Walaupun pengagihan dividen kali ini rendah sedikit berbanding tahun lepas, kadar itu kekal kompetitif di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global
Dalam pada itu, pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus berkenaan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit, yang mana pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014
Turut dimaklumkan, urus niaga ASB ditangguhkan pada 22 Disember 2013 hingga 1 Januari 2014 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus
Berikut adalah jadual senarai agihan pendapatan dividen dan bonus ASB untuk tahun terdahulu dan terkini

TahunDividen (sen)Bonus (sen) Total (sen)
20009.752.0011.75
20017.003.0010.00
20027.002.009.00
20037.252.009.25
20047.252.009.25
20057.251.759.00
20067.301.258.55
20078.001.759.75
20087.001.758.75
20097.301.258.55
20107.501.258.75
20117.651.158.80
20127.751.158.90
20137.701.008.70
Informasi ini disiarkan pada 19.12.2013, Khamis

No comments:

Post a Comment