Monday, 10 February 2014

Dividen Tabung Haji 2014

Dividen dan bonus Tabung Haji pada kewangan akhir tahun 2013 akan dibayar mulai tahun 2014. Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus enam peratus dan tambahan bonus haji sebanyak dua peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.
TAbung-haji
Kadar bonus tahun Tabung Haji sebanyak enam peratus itu kompetitif iaitu tiga mata lebih tinggi daripada kadar pulangan akaun deposit tetap perbankan Islam dan konvensional. Tabung Haji turut mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan dan pemberian bonus haji menunjukkan keiltiziman Tabung Haji dalam menjaga kebajikan para pendeposit.
Fakta Pendapatan Tabung Haji 2013
  • Pendapatan keseluruhan Tabung Haji bagi tahun 2013 berjumlah RM3.7 bilion atau peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding RM2.8 bilion pada 2012.
  • Keuntungan bersih selepas zakat berjumlah RM2.6 bilion pada 2013 berbanding RM2.1 bilion pada 2012.
  • Tabung Haji mempunyai 8.3 juta pendeposit dan 7.7 juta daripada mereka belum menunaikan haji.
  • Majoriti akaun pendeposit (7.2 juta) tersebut mempunyai baki purata minimum kurang daripada bayaran haji sebanyak RM9,980.


Sumber: Dividen Dan Bonus Tabung Haji Tahun 2014 | melvister.com

Sunnah Perniagaan Rasulullah

Sunnah Perniagaan Rasulullah - saya nak berkongsi tentang teknik pemasaran yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Saya buat kesimpulan melalui beberapa kitab sirah yang membicarakan sejarah nabi secara menyeluruh… apa yang saya ulas kembali adalah perkara berkaitan perniagaan Rasulullah S.A.W untuk tatapan & manafaat kita semua..
Konsep Pemasaran 4P digunapakai oleh nabi dalam perniagaan baginda.

1- Produk (Produk)
Rasulullah S.A.W memasarkan barang dagangan atau produk yang menepati citarasa pengguna di kalangan masyarakat Arab. Baginda turut mengutamakan kualiti produk sepertimana Allah berfirman yang bermaksud :
“Wahai manusia! Makanlah apa yang baik & dihalalkan di dunia & janganlah kamu mengikuti langkah syaitan” (Al-Baqarah: 168)

2- Promosi (Promotion)
Promosi adalah aspek penting dalam sesebuah perniagaan. Tanpa promosi yang betul akan mengundang kegagalan yang memeritkan. Walau Rasulullah S.A.W menyedari betapa pentingnya promosi dalam melakukan perniagaan, baginda tidak pernah melebihkan produk dengan maksud ingin memikat pembeli. Promosi merupakan komunikasi dua hala yang penting antara penjual & pembeli. Baginda tegas mengatakan bahawa seorang peniaga yang baik perlu menjauhi diri drpd sumpah/janji yang berlebihan dan melampaui batas. Daripada Abu Hurairah R.A Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sumpah atau janji yang diucapkan untuk melariskan perniagaan dapat merosakkan keuntungan” (Direkodkan oleh Muslim)
Seterusnya dlm satu hadith baginda bersabda :
” Yang dinamakan jualan palsu adalah usaha utk melariskan barang dagangannya, lagi berusaha dgn cara yang tercela” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

3- Penetapan Harga (Pricing)

Harga sesuatu barang dagangan/jualan amatlah penting. Dalam proses penetapan harga, Rasulullah S.A.W mengamalkan konsep tertentu yang dapat difahami dalam hadith di bawah daripada Abdullah bin Umar :
“Janganlah kamu menyaingi (secara tidak sihat) penjualan saudaramu sendiri”
(Direkodkan oleh Bukhari & Muslim)
Jika diteliti dalam hadith di atas, persaingan yang tidak sihat seperti perang harga yang melampau adalah dilarang. Namun baginda amat mengesyorkan persaingan yang sihat dgn menekankan kpd kualiti produk & memberi nilai hebat kpd pelangan dr produk yang dipasarkan…

4- Pemilihan Lokasi (Place)
Semua peniaga telah maklum tentang betapa pentingnya lokasi/pemilihan tempat dalam perniagaan. Di zaman Rasulullah lebih 1400 tahun dahulu, faktor pemilihan tempat amatlah ditekankan oleh baginda. Pasar-pasar di sekitar Makkah menjadi tumpuan baginda kerana di situlah pedagang-pedagang luar berkumpul dan mengedarkan barangan yang dibawa.
Baginda telah berusaha menempatkan dirinya di kalangan peniaga di sekitar Makkah terutamanya di pasar-pasar besar yang menjadi tumpuan sejak dari kecil lagi. Di sanalah juga Rasulullah S.A.W menjalinkan jaringan sebanyak mungkin dgn para pedagang tempatan & luar Makkah. Di samping itu baginda mementingkan hubungan yang baik dengan semua pelangannya.
Baginda telah melarang beberapa strategi yang tidak adil contohnya strategi yang boleh membebankan petani-petani di kampung dan juga bakal pelangan. Ini dapat difahami dgn lebih jelas dalam hadith baginda S.A.W daripada Jabir :
” Tidaklah dibolehkan penduduk kota menjadi perantara niaga bagi orang di desa. Biarkanlah orang memperoleh rezeki Allah satu daripada yang lain.”
(Direkodkan oleh Muslim).
Dapat difahami secra umumnya, semua strategi yang mengundang kepada ketidakadilan dan kezaliman kepada mana-mana pihak adalah dilarang menurut Rasulullah S.A.W dan wajib dielakkan diamal oleh para peniaga. Etika & amanah serta jujur dalam berniaga amat penting demi mendapatkan rezeki yang Halalan Toyyiban!
Terdapat 2 lagi P yang nak saya kongsikan di masa akan datang… rajin-rajinlah datang berkunjung utk mengikutinya…
Tips Pemasaran Kaedah Rasulullah di atas amatlah sesuai dilaksanakan dalam Internet Business ataupun Offline Bisness .. Gunakan kreativiti masing-masing dalam memproses maklumat di atas utk di applykan dalam bisnes online/offline…
Kongsi-kongsikan info di atas & selamat beramal. Sila sumbangkan info berkaitan demi kepentingan bersama…
Wallaahu’alam.
*Artikel oleh En Zahid Isa

Monday, 20 January 2014

7 Prinsip Penyimpanan Wang




1 – Potong at least 10% daripada income bulanan untuk dijadikan simpanan untuk dilupakan. Simpan dan lupa. Jangan diingat-ingat lagi… Sampai satu masa, duit tu boleh dimanfaatkan untuk gandakan kekayaan melalui bisnes atau pelaburan.

2 – Simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkan macam Tabung Haji (tiada kad ATM) dan simpanan emas. Kalau simpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Kalau mudah dikeluarkan, duit simpanan tu tak akan bertahan lama. Dan lagi baik kalau serahkan buku bank tu kepada mana-mana ahli waris yang amanah. Bila benar-benar terdesak jer baru mintak buku tu.



3 – Mulakan simpanan  sekarang walaupun sedikit. Tak kira berapa banyak pun jumlah yang kita mampu simpan setiap bulan, yang paling penting ialah memupuk TABIAT menyimpan. Dulu saya mula menyimpan cuma RM20 sebulan potong gaji masuk Tabung Haji. Pesan Azizi Ali, selagi anda tak menyimpan wang, selagi itulah anda tidak akan menjadi kaya!



4 – Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes. Jangan tangguh-tangguh. Paling baik, buat potongan gaji supaya duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita lagi. Selebihnya baru guna untuk belanja. Duit yang tak diasingkan sangat berisiko untuk dibelanjakan.



5 – Letakkan matlamat simpanan at least 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan. Lagi baik 6 bulan pendapatan. Dana kecemasan tu penting sebagai ‘buffer’ kalau hilang pekerjaan. Kalau anda plan nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri, mesti simpan at least setahun pendapatan sebagai backup. Kalau nak bebas kewangan, sasarkan simpanan at least RM1.2 juta! Nilai tu mampu menjana pendapatan tahunan yang cukup untuk tak perlu bekerja sepanjang hayat, insyaAllah.



6 – Laburkan semula bila dapat keuntungan daripada simpanan. Kalau dapat dividen, reinvest dividen tu supaya duit tu akan berganda. Kalau belanjakan setiap kali dapat dividen, nilai pokok tu sebenarnya susut setiap tahun dimakan inflasi. Nilai RM100,000 hari ni tak sama kuasa belinya pada 10 tahun akan datang.



7 – Jangan jadikan takaful / insuran sebagai tempat untuk menyimpan wang, tapi ambil takaful betul-betul untuk dilindungi dengan pampasan atas musibah seperti kematian, hilang upaya, kos rawatan hospital, dan penyakit kritikal. Kalau simpan duit dalam takaful, anda rugi ‘wakalah fee’ yang bukan sedikit. Takaful bertujuan untuk perlindungan kewangan jika berlaku sebarang musibah. Ia bukan untuk simpanan. Simpanan dan perlindungan takaful adalah dua instrumen berbeza. Kita perlu adakan simpanan atas banyak tujuan yang tak boleh dilindungi oleh takaful contohnya; simpanan dana kecemasan (e.g. kereta rosak, kehilangan harta, hilang pekerjaan dsb), simpanan untuk memulakan bisnes, simpanan untuk pelaburan dsb

sumber : matabulat.com